Board of Govemance

Board of Govemance

Geng Katakijau


Greenfrog Management Services

Katakijau Fan Club

OBJEKTIF: (4M- Memperkasa,Menjana,Melahirkan,& Mencorakkan)


1: MEMPERKASA kewibawaan bangsa Brunei yang patriotisme terhadap Raja, Ugama dan Negara. Mendukung penuh kedaulatan perlembagaan dan keluhuran undang-undang. Taat setia kepada pemerintahan Raja dan Negara dan berupaya menjadi generasi pemangkin dan penerus kepada bangsa Brunei Darussalam yang gemilang dan cemerlang.


2: MENJANA pemedulian dan sikap prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dengan menyumbang kepada kerja-kerja amal dan membantu sesama insan dengan memberikan bantuan dan sokongan serta senantiasa siaga dalam menangani dan berdepan dengan apa jua bencana. Menjadi sukarelawan untuk berbakti kepada nusa bangsa dan negara. Siap Siaga sentiasa pada setiap masa untuk mencurahkan bakti dengan ikhlas, jujur dan amanah.



3: MELAHIRKAN generasi pemimpin yang berdaya maju dan mempunyai jatidiri dengan cirri-ciri Calak Brunei yang boleh diharapkan sebagai rakan sebaya untuk membimbing generasi muda (Belia) hari ini dengan kepimpinan yang komprehensif dan berdaya saing. Mampu untuk sama-sama menangani masalah social dikalangan generasi muda dengan kepimpinan, ilmu, pengalaman dan pengetahuan menerusi bimbingan, latihan dan kaunseling.



4: MENCORAKKAN Eknomi mandiri untuk memastikan setiap kegiatan, projek dan aktiviti dapat diusahakan tanpa mengharapkan bantuan dan memastikan bantuan dapat disalurkan menerusi penganjuran pelbagai projek dan kegiatan menjana dana dengan mengikut sistemik urus niaga yang berpotensi untuk dimajukan bersama.

puisi salam merdeka

puisi salam merdeka